Sunday, February 17, 2013

bumi Terengganu menunggu

esok dah nak balik Terengganu untuk meneruskan sesi pembelajaran sebagai pelajar universiti. okay sangat suka. hati berbunga riang bagaikan kanak-kanak mendapat gula-gula kapas. jiwa rancak bergelora bagaikan remaja yang sedang galak berhibur. okay tipu. semuanya dusta. jauh di sudut hati bagaikan hendak melepaskan ledakan bom terhadap UMT. dengan harapan sesi pembelajaran untuk semester baru dibatalkan. alangkah indahnya jika semua itu berlaku. tetapi harapan tinggal harapan. mustahil seorang gadis comel seperti aku mampu melakukan perkara sekejam itu. dengan hati yang paksa rela, hidup di bumi Terengganu wajib diteruskan. pengorbanan perlu dilakukan demi mencapai cita-cita. bumi Selangor bakal ditinggalkan buat sementara waktu. 


jauh disudut hati =.=

No comments:

Post a Comment